PROJEK SURAU BERGERAK
2022

PROJEK SURAU BERGERAK

Pasar malam terdapat di hampir setiap taman dan kampung. Banyak terletak di tempat yang jauh dari masjid atau surau

1.0 PENGENALAN

Pasar malam terdapat di hampir setiap taman dan kampung. Banyak terletak di tempat yang jauh dari masjid atau surau. Peniaga sering mula mendirikan gerai selepas asar dan perniagaan bermula pada pukul 6 petang. Di antara pukul 7 malam & 9 malam merupakan waktu paling sibuk.

Dari tinjauan kami, ramai dari kalangan peniaga memberi alasan tiada masjid/surau utk mrk solat (Maghrib) lalu mengambil pendekatan utk qadha apabila pulang ke rumah kelak. Sedangkan didalam surah AlMa'un Allah memberi amaran keras kpd mrk yg melalaikan (termasuk melewatkan waktu) solat.

2.0 OBJEKTIF

Rancangan kami adalah untuk menyediakan tempat

i) di mana peniaga boleh solat Maghrib, terutamanya

iii) Berfungsi sebagai peringatan (islah/tarbiyah) kepada peniaga & pengunjung Muslim tentang tugas mereka sebagai Muslim

iii) Sebagai pusat maklumat Islam bergerak & menyampaikan dakwah jalanan kepada peniaga & pengunjung bukan Islam.

iv) Pada siang hari di hujung minggu, kenderaan boleh digunakan untuk mengangkut bahan makanan kepada 200 keluarga miskin yang dikunjungi oleh pasukan kami secara berkala (setiap dua minggu setiap keluarga)

v) Pada hari bekerja, kenderaan akan digunakan bg mengangkut kanak-kanak miskin ke sekolah dan orang dewasa ke surau untuk menghadiri kelas agama.

3.0 LOKASI

A. Pasar malam di i. Klang 4 malam seminggu ii. Shah Alam 3 malam seminggu

B. Rumah2 Keluarga miskin di Klang dan Shah Alam

5.0 KEPERLUAN (dalam urutan keutamaan,)

i. Kenderaan bersaiz bas mini (25 seater)

ii) Mengubahsuai bahagian dalaman untuk memenuhi objektif

iii) Bahan Daawah dalam BM, Inggeris, Mandarin, Tamil

iv) kakitangan – akan dikendalikan oleh Ustaz Yob & ustaz Ammar